KUALA LUMPUR: Hutang dan liabiliti terkumpul Kerajaan Persekutuan kini mencecah RM1,763.3 bilion dengan komitmen jaminan bagi tujuan pembiayaan projek infrastruktur meningkat berbanding tahun sebelumnya.
Kementerian Kewangan berkata, jumlah hutang dan liabiliti terkumpul itu mewakili 80.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara setakat akhir Jun lalu.
Katanya, jumlah itu turut meliputi komitmen jaminan sebanyak RM248.3 bilion, meningkat sedikit berbanding RM245.8 bilion pada 2025 bagi tujuan pembiayaan projek infrastruktur.
Tambahnya, liabiliti lain adalah obligasi kewangan di bawah kerjasama awam swasta dan inisiatif pembiayaan swasta (PFI) berkurang kepada RM136.2 bilion, berbanding RM143.7 bilion, pada tahun lalu.









