New York: Ribuan pelanggan beberapa bank utama di Amerika Syarikat (AS) melaporkan kesukaran mengakses akaun perbankan dalam talian dan menggunakan perkhidmatan pemindahan wang Zelle pada Isnin, susulan masalah teknikal di JPMorgan Chase yang turut menjejaskan transaksi dengan institusi kewangan lain.

Bagaimanapun, Chase mengesahkan bahawa gangguan itu bukan berpunca daripada serangan siber dan pihaknya sedang berusaha memulihkan perkhidmatan perbankan yang terjejas.

"JPMorgan Chase mengalami gangguan sementara akibat pepijat perisian dalam sistem perkakasan yang dikendalikan di premis sendiri. Ia tidak mempunyai kaitan dengan serangan siber," kata jurucakap bank itu, Joe Evangelisti.

Gangguan berkenaan berlaku beberapa hari selepas dua insiden besar menjejaskan sektor lain dalam ekonomi AS.