United Airlines berkata ia sedang berusaha mengenal pasti dan menyelesaikan masalah teknologi yang menjejaskan penerbangan dijadualkan berlepas. (Gambar EPA Images)WASHINGTON: United Airlines melaporkan gangguan sistem secara meluas pada Isnin dan memberi amaran kemungkinan gangguan penerbangan ketika syarikat itu berusaha memulihkan sistemnya, lapor Anadolu Ajansi.
"Kami memohon maaf atas segala kesulitan. Kami menyedari gangguan sistem secara meluas ini dan pasukan kami sedang berusaha keras memulihkan operasi secepat mungkin," kata syarikat penerbangan itu menerusi platform X.
United Airlines turut berterima kasih kepada pelanggan atas kesabaran mereka dan menggesa penumpang sentiasa menyemak maklumat penerbangan sementara usaha menangani masalah itu diteruskan.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FNew-Big-Picture-template-16112026-08_328863.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)