Ketua pembangkang Hamzah Zainudin mahu perdagangan barangan dan perkhidmatan antara negara anggota Asean dipermudahkan kerana perdagangan sesama negara di rantau ini hanya sekitar 20% berbanding kira-kira 60% dalam Kesatuan Eropah.PETALING JAYA: Ketua pembangkang Hamzah Zainudin mencadangkan Asean melantik dua wakil peringkat tinggi bagi keamanan dan keselamatan serantau serta perdagangan dan pelaburan untuk memperkukuh suara blok itu di pentas antarabangsa.
Presiden Parti Wawasan Negara berkata dua wakil itu boleh dipilih daripada Majlis Tokoh Terkemuka yang dicadangkan dianggotai bekas pemimpin politik dari seluruh Asean.
"Mengapa tidak kita pertimbangkan sebuah Majlis Tokoh Terkemuka yang dianggotai bekas pemimpin politik dari seluruh Asean?









