Tampin: Tindakan berbahaya seorang lelaki mengacukan parang sambil memandu kereta sekitar Felda Jelai, Gemas di sini, mengundang padah apabila dia ditahan polis malam tadi.
Suspek warga tempatan berusia 28 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori diberkas sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Tampin kira-kira jam 9 malam, hasil maklumat serta risikan pihak berkuasa.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Amiruddien Sariman berkata, penahanan dilakukan susulan penularan mesej amaran keselamatan di media sosial semalam berhubung tindakan seorang pemandu kereta Proton Persona yang didakwa menunjukkan senjata berkenaan.
"Semakan lanjut mendapati polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 1.27 petang semalam, manakala insiden dipercayai berlaku kelmarin.









