PETALING JAYA: Pemain tengah skuad bawah 16 tahun (B-16) negara, Dawud Imran Rozlin berharap keadaan padang di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur dalam keadaan baik menjelang dua baki aksi kelayakan Kumpulan E Piala Asia B-17.

Menurut Dawud, sekiranya padang dalam keadaan baik, ia akan membantu pasukan negara meraih mata maksimum dalam dua baki perlawanan kelayakan Piala Asia B-17 menentang Guam malam ini dan India pada 20 November

Selepas meraih tiga mata berharga ketika tewaskan Singapura 2-1, Sabtu lalu, Dawud akui permukaan padang basah dan lecak memberikan sedikit kesan kepada persembahan pasukan.

“Kami memang terkesan apabila mahu melakukan hantaran dan menerima bola kerana keadaan bola licin, selain padang yang becak