SAN JOSE: Wartawan Costa Rica, Camilo Rodriguez, 51, yang terkenal kerana mendedahkan kegiatan individu disyaki pengedar dadah dan ahli politik, dilaporkan terbunuh selepas ditembak semalam, menurut pihak berkuasa.

Menurut Palang Merah, Rodriguez diserang kira-kira jam 3.20 petang waktu tempatan ketika kesesakan lalu lintas di sebuah lebuh raya utama di pinggir ibu negara, San Jose.

Presiden, Laura Fernandez, mengecam serangan itu menerusi satu mesej video.

"Saya berasa amat marah dan kesal atas pembunuhan kejam terhadap pengamal media, Camilo Rodriguez. Tanpa mengira kandungan laporannya, kejadian yang berlaku di negara kita hari ini mencemarkan kebebasan bersuara," katanya.