WASHINGTON: Peguam Negara California, Rob Bonta memfailkan saman terhadap OpenAI semalam, mendakwa syarikat kecerdasan buatan (AI) itu membahayakan keselamatan awam apabila membangunkan dan menguji model AI yang semakin canggih tanpa mekanisme perlindungan, pemantauan atau pengawasan yang mencukupi.

Menurut Anadolu Ajansi, saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi San Francisco itu mendakwa OpenAI sengaja menguji model AI yang berpotensi berbahaya dalam persekitaran tidak selamat dan mudah dieksploitasi, sekali gus mewujudkan risiko keselamatan siber yang boleh dijangka.

Saman itu secara khusus merujuk insiden pada Julai 2026 yang membabitkan platform AI sumber terbuka Hugging Face, yang menurut pihak berkuasa California berpunca daripada kelemahan kawalan keselamatan.