Kuala Lumpur: Mayat lelaki dengan tatu berbentuk bintang di leher kanan ditemukan hanyut di sungai berhampiran Kampung Merbau Sempak, Sungai Buloh, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, terdahulu, pihaknya dimaklumkan berkaitan penemuan itu oleh orang awam, jam 9.35 pagi.

"Identiti dan status kewarganegaraan si mati masih belum dapat dikenal pasti.

"Mayat lelaki berbadan berisi itu ditemukan dalam keadaan tidak berbaju, hanya berseluar jeans biru dan stokin," katanya dalam kenyataan, malam tadi.