Rom: Andrea Dovizioso mengakui kehebatan Marc Marquez atas pencapaiannya musim ini, namun bekas pelumba MotoGP itu berpendapat Aprilia sebenarnya memiliki jentera lebih pantas berbanding Ducati dan sepatutnya mampu memenangi perebutan gelaran dunia.

Dovizioso, yang pernah tewas kepada Marquez dalam perebutan gelaran MotoGP pada 2017, 2018 dan 2019, menyifatkan Aprilia mensia-siakan kelebihan dimiliki selepas Marquez bangkit daripada ketinggalan 102 mata untuk berada di ambang kejuaraan dunia ke-10.

"Tidak ada gunanya kita terus mengulangi betapa hebatnya Márquez, betapa dia layak mendapat kejayaan itu dan bahawa dia adalah pelumba paling kuat.

"Namun, jika kita menganalisis musim ini, Aprilia lebih kuat berbanding Ducati. Jentera mereka lebih pantas. Malah, mereka pernah membina kelebihan lebih 100 mata.