MANCHESTER – Pengurus Aston Villa, Unai Emery mengakui kecewa dan marah selepas pasukannya mensia-siakan peluang untuk mencatat kemenangan ke atas Manchester United di Old Trafford awal pagi semalam.
Pada aksi tersebut, Villa mencipta kejutan apabila mendahului dua gol dalam tempoh empat minit awal perlawanan menerusi Alysson dan Nicolas Jackson, namun kelebihan itu dipadamkan oleh United menerusi Bruno Fernandes dan Youri Tielemans.
Memasuki babak kedua, Villa sekali lagi bermula garang apabila menjaringkan dua gol dalam tempoh lima minit bermula minit ke-48 menerusi John McGinn dan Leon Goretzka untuk mendahului 4-2 sehingga tempoh 90 minit berakhir.
Namun, memasuki masa kecederaan benteng Villa tiba-tiba rapuh apabila United berjaya meledak dua gol menerusi Joshua Zirkzee dan Patrick Dorgu untuk mengikat perlawanan.









