KUALA LUMPUR: Zetrix AI Berhad memfailkan permohonan di mahkamah bagi menghalang bank pelaburan Australia, Macquarie Bank Limited, daripada mengambil tindakan undang-undang untuk menggulung syarikat itu berhubung pertikaian pembayaran dividen berjumlah RM2.06 juta.

Penggulungan syarikat ialah proses perundangan yang boleh menyebabkan sesebuah syarikat ditutup dan asetnya dijual bagi menjelaskan hutang.

Permohonan itu dijadual didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Wan Muhammad Amin Wan Yahya menerusi aplikasi Zoom hari ini.

Menurut dokumen mahkamah yang diperoleh New Straits Times (NST), pertikaian itu timbul selepas Macquarie menuntut pembayaran dividen tertunggak berjumlah RM2,061,177.07 daripada Zetrix.