LONDON: Crystal Palace melantik Thomas Frank sebagai pengurus baharu dengan memberikan tugas berat kepada pengendali dari Denmark itu untuk menyelamatkan kelab berkenaan daripada terus menghuni tangga tercorot Liga Perdana Inggeris (EPL).
Bekas pengendali Brentford dan Tottenham Hotspur itu menggantikan Pierre Sage yang dipecat minggu lalu selepas hanya mengendalikan pasukan berkenaan dalam 16 perlawanan.
Pengendali dari Perancis itu gagal meneruskan legasi bekas pengendali terdahulu, Oliver Glasner yang mencipta tempoh paling gemilang dalam sejarah kelab berkenaan.
Glasner membimbing kelab dari selatan London itu meraih trofi utama pertama dalam sejarah mereka selepas menewaskan Manchester City untuk menjulang Piala FA pada 2025, selain memenangi Liga Konferens UEFA musim lalu.









