CINCINNATI: Mauricio Pochettino menyifatkan sekarang adalah waktu paling sesuai buat Pep Guardiola mengambil alih skuad kebangsaan Amerika Syarikat (AS), sekiranya bekas pengendali Manchester City itu berminat mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkannya.
Pochettino berkata, dia tidak teragak-agak mengesyorkan Guardiola menerima jawatan itu kerana bola sepak AS kini berada pada landasan tepat dengan sokongan pemain berkualiti serta kemudahan latihan yang semakin baik.
"Inilah masa paling sesuai untuk menyertai Persekutuan Bolasepak AS. Segalanya bergerak ke arah yang betul. Saya akan katakan, terimalah tawaran itu kerana dia akan menemui individu dan pemain yang bagus.
"Pemain juga mampu menyesuaikan diri dengan corak permainannya," katanya kepada media menjelang perlawanan terakhirnya bersama AS.









