London: Mauricio Pochettino dilaporkan semakin hampir mencapai persetujuan untuk menandatangani kontrak selama dua tahun setengah bagi mengambil alih tugas sebagai pengurus Manchester United selepas Michael Carrick dipecat, Khamis lalu.

Menurut laporan The Athletic, persetujuan sudah dicapai dengan jurulatih pasukan kebangsaan Amerika Syarikat (AS) itu menerusi kontrak yang bakal menyaksikan pengendali berusia 54 tahun berkenaan kekal di Old Trafford sehingga 2029.

Bagaimanapun, Pochettino dijangka terlebih dahulu mengendalikan dua aksi suku akhir Liga Negara-Negara CONCACAF menentang Haiti pada Sabtu dan Selasa depan sebelum berlepas ke Manchester.

Pengumuman mengenai masa depannya mungkin dibuat seawal Jumaat ini, dengan pengendali dari Argentina itu dijadual mengadakan sidang media menjelang perlawanan pertama menentang Haiti.