PETALING JAYA – Belum pun matahari terbit, sudah keluar ‘mencari rezeki’, namun bukan pekerjaan halal yang dicari sebaliknya kabel telekomunikasi pula menjadi sasaran.

Tindakan seorang lelaki yang didakwa mencuri kabel telekomunikasi seawal pukul 4 pagi itu tular selepas pemilik premis memuat naik rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di Threads malam tadi.

Pengguna @muizazman17 menerusi ruang kapsyen sempat menyindir tindakan individu terbabit yang disifatkan terlalu rajin keluar bekerja pada awal pagi dengan cara mencuri kemudahan awam.

“Rajin orang sekarang. Pukul 4 pagi dah keluar. Cari kerja dah. Hanpeh (teruk) betul, wire (kabel) telekom pun disebatnya,” tulisnya.