MADRID – Pengendali England, Thomas Tuchel menyifatkan kemenangan dramatik 3-2 ke atas Sepanyol pada aksi Liga Negara-Negara Eropah, awal pagi semalam sebagai persembahan terbaik sepanjang tempoh khidmatnya bersama skuad The Three Lions.
Kejayaan ini membolehkan England memintas La Roja selaku juara Kumpulan A3 dan menamatkan rekod baik juara dunia itu yang sebelum ini kebal dengan pencapaian 43 perlawanan tanpa kalah.
“Melihat kepada keadaan, tekanan, kualiti lawan dan lokasi perlawanan, ini adalah persembahan paling lengkap serta terbaik setakat ini sepanjang tempoh saya mengendalikan England. Kami sedar apa yang telah dipamerkan.
“Untuk mendahului 3-0 selepas 60 hingga 65 minit dan melakukannya dengan penuh merit adalah sesuatu yang luar biasa,” katanya.









