SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim meminta pihak media memberikan ruang kepadanya selama beberapa hari susulan keputusan meletakkan jawatan sebagai peneraju kerajaan negeri itu berkuat kuasa Isnin.
Malah, beliau turut memaklumkan tidak berhasrat mengeluarkan sebarang kenyataan media atau mengadakan sidang media buat masa ini.
“Maaf, tak ada PC (sidang media) atau kenyataan media daripada saya. Terima kasih. Tak usah cari saya untuk beberapa hari ini,” katanya menerusi mesej ringkas kepada media ketika dihubungi bagi mendapatkan maklum balas lanjut berhubung peletakan jawatannya.
Difahamkan, Ismail sepatutnya menghadiri Majlis Siswazah Cemerlang Yayasan Negeri Sembilan yang dijadual berlangsung di Seremban hari ini.









