Seremban: "Maaf... tiada pc (sidang media) atau press statement (kenyataan media) dari saya. Terima kasih atas kerjasama dan persahabatan."
Itu maklum balas ringkas Datuk Ismail Lasim ketika dihubungi menerusi WhatsApp hari ini, selepas beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan berkuat kuasa semalam.
Ismail yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh turut meminta diberikan sedikit ruang bagi menguruskan beberapa keperluan pentadbiran, selain enggan mengulas lanjut mengenai keputusan berkenaan.
Peletakan jawatan pemimpin utama Negeri Sembilan itu disahkan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, menerusi kenyataan lewat petang semalam.









