Kuala Lumpur: Dakwaan kononnya minyak masak paket subsidi satu kilogram dihasilkan menggunakan minyak masak terpakai atau dikitar semula adalah fakta palsu.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) , Datuk Azman Adam berkata, maklumat tular itu boleh mencetuskan keraguan tidak berasas terhadap pengguna.

Beliau mengulas video tular sejak kelmarin, berhubung dakwaan tidak berasas kononnya minyak masak paket satu kilogram subsidi berbahaya dan tidak selamat kepada pengguna.

Menurutnya, minyak masak paket dijual murah pada harga RM2.50 kepada pengguna berikutan ia menerima subsidi dari kerajaan.