KUALA LUMPUR: Kerajaan masih mengekalkan harga siling minyak masak botol pada harga RM6.90 bagi 1 kg, RM13.30 (2kg), RM19.60 (3kg) dan RM30.90 (5kg).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata langkah dilaksanakan menerusi Mekanisme Kawalan Harga Minyak Masak (MKHMM) itu diluluskan Jemaah Menteri pada 6 November lalu dengan peruntukan sebanyak RM15 juta sebulan bagi menangani kenaikan harga minyak sawit mentah (CPO) dunia.

Katanya, langkah intervensi itu juga bagi mengekang berlakunya gangguan bekalan dan pergerakan harga minyak kemasan botol yang membebankan rakyat.

"Mengambil kira harga purata CPO dunia pada Oktober 2026 sebanyak RM4,400/tan, harga minyak masak botol 5kg dianggarkan akan meningkat kepada RM34.00 sekiranya langkah intervensi ini tidak dilaksanakan.