PASIR SALAK: “Kami sudah penat menghadap banjir kilat, ini merupakan banjir keempat sejak dua tahun lalu.”
Demikian keluhan penduduk di Taman Felcra Jaya (Fasa 2), Perumahan Generasi ke-2 Kampung Gajah di sini yang dilanda banjir kilat pada 15 November lalu.
Penduduk, Suraimi Osman, 36, berkata, masalah longkang yang sempit dan tersumbat didakwanya menjadi punca banjir kerana air hujan sukar mengalir ke parit berhampiran.
“Ini kali keempat banjir sejak tinggal di sini dua tahun lalu. Longkang di kawasan taman terlalu kecil dan tidak dalam menyebabkan air tidak dapat mengalir dengan cepat sebelum melimpah. Rumah baru dua tahun duduk sudah banjir,” katanya kepada Utusan Malaysia.









