PETALING JAYA – Pengguna jalan raya terpaksa berdepan dengan kesesakan lalu lintas teruk di kawasan Bulatan Batu Caves, Selangor pagi ini sehingga menyebabkan perjalanan tergendala lebih sejam.

Situasi itu dipercayai berpunca daripada kerja penyelenggaraan jalan yang menyebabkan laluan tiga lorong ditutup kepada satu lorong.

Menerusi perkongsian pengguna Threads, @adamrusmii, dia meluahkan rasa hairan apabila masih tersangkut di kawasan berkenaan pada pukul 8.10 pagi meskipun sudah keluar rumah seawal pukul 6 pagi.

“Patutnya aku masuk kerja pukul 7 pagi. Tapi 8:10 pagi aku masih sangkut kat atas bulatan Batu Caves, padahal dah keluar dari pukul 6 pagi lagi. Ada apa doh kat depan?” kongsinya.