Aplikasi mobiliti tempatan, Setel memperkenalkan Voice Fuelling iaitu ciri berkuasa AI yang membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak hanya dengan menggunakan arahan suara.

Kini dalam fasa beta, ciri terbaharu yang merupakan evolusi daripada Pengisian One-tap itu tersedia dalam bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil untuk menjadikan pengalaman mengisi minyak lebih mudah diakses, lancar serta mesra pengguna.

Direka untuk memenuhi keperluan semua pengguna, daripada pemandu dan penunggang motosikal kepada pengendali fleet serta pemandu e-hailing, Voice Fuelling turut memudahkan mereka yang kurang biasa menggunakan aplikasi atau lebih selesa memberikan arahan secara lisan berbanding menyentuh skrin.