Tawau: Cubaan menyeludup masuk rokok bernilai hampir RM1 juta tumpas selepas Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas kira-kira 500,000 batang rokok pelbagai jenama di Jalan Tawau Lama, berhampiran Kampung Icebox Titingan, di sini, awal pagi semalam.

Dalam operasi kira-kira jam 1 pagi itu, seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun yang memandu van turut ditahan.

Komander Briged Sabah PGA, Senior Asisten Komisioner Datuk Nor Omar Sappi berkata, operasi Op Taring Alpha 1 itu dilaksanakan pihaknya dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.

Beliau berkata, operasi berkenaan dijalankan susulan maklumat awam sebelum pihaknya menahan van berwarna putih.