KUALA LUMPUR: Sebanyak 93 cubaan penyeludupan dadah bernilai RM202.7 juta berjaya dipatahkan di pintu masuk negara sepanjang Januari hingga Oktober tahun ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebanyak 41 rampasan barangan seludup bernilai RM42.38 juta turut direkodkan antara Ogos hingga Oktober menerusi pelaksanaan pelan penguatkuasaan bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pengangkutan (MOT).
Katanya, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) pula melaksanakan 44 rampasan dengan nilai keseluruhan sebanyak RM11.22 juta.
“Sebarang pencerobohan di kawasan sempadan atau pelanggaran peraturan khususnya membabitkan penyeludupan adalah sesuatu yang membimbangkan.









