KOTA KINABALU: Pembentukan gabungan Blok Borneo tidak membawa sebarang makna jika suara dan kepentingan rakyat Sabah tidak didengari dan tuntutan mereka gagal diterjemahkan kepada tindakan konkrit.
Presiden Parti Warisan (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata penyatuan suara rakyat Sabah tidak seharusnya terhad kepada kerjasama politik semata-mata.
Mohd Shafie berkata, ia sebaliknya perlu disusuli tindakan bagi merealisasikan hak dan kepentingan negeri berkenaan.
Beliau berkata, pengalaman menyuarakan tuntutan Sabah selama berpuluh-puluh tahun tidak akan membawa perubahan sekiranya isu berbangkit terus tertangguh tanpa penyelesaian.








