IPOH: Dr Mohammed Mukhyuddin Sarwani dilantik Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara ke-15 berkuat kuasa semalam selepas memangku jawatan berkenaan sejak 2025.

Pelantikan beliau diumumkan Ketua Pengakap Negara, Mej Jen Prof Datuk Dr Mohd Zin Bidin pada majlis perasmian plak bersempena dengan 100 tahun Pergerakan Pengakap di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), hari ini.

Pada majlis itu, Mohammed Mukhyuddin turut menerima watikah pelantikan sebagai Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara.

Mohd Zin berkata, pengisytiharan pelantikan berkenaan dibuat berdasarkan kuasa yang diperuntukkan kepadanya oleh Yang di-Pertuan Agong.