KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara memerlukan masa untuk kembali menemui rentak susulan pemergian Nova Widianto.
Ketua Pengarah Kejurulatihan Beregu Negara, Rexy Mainaky berkata, pemain perlu menyesuaikan diri dengan pendekatan berbeza yang diperkenalkan barisan kejurulatihan baharu diketuai Teo Kok Siang dan Pang Cheh Chang selepas berlaku perubahan dalam struktur kejurulatihan.
"Kita perlu memberikan masa kepada pemain untuk menyesuaikan diri dengan pendekatan baharu jurulatih. Dalam masa sama, kita juga perlu mengambil kira pemergian Nova serta perubahan pendekatan kejurulatihan.
"Kita juga tidak tahu bagaimana keserasian pasangan seperti Chan Wen Tse bersama Chen Tang Jie dan Tang Jie Selepas beberapa kejohanan, kita sudah nampak ada perkara yang perlu dibincangkan bersama mereka," kata Rexy.









