New York: Mauricio Pochettino tidak dapat menahan sebak ketika mengucapkan selamat tinggal kepada skuad kebangsaan Amerika Syarikat (USMNT) sebelum memulakan tugas baharu sebagai pengurus Manchester United.
Pengendali dari Argentina itu sukar mengawal emosinya ketika berucap kepada pihak media buat kali terakhir sebelum meninggalkan tugasnya bersama USMNT.
Pochettino, 54, mengesahkan kepulangannya ke Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mencapai persetujuan untuk menggantikan Michael Carrick sebagai pengurus United.
Bagaimanapun, bekas pengendali Tottenham Hotspur dan Chelsea itu mengakui keputusan meninggalkan skuad kebangsaan Amerika Syarikat adalah antara keputusan paling sukar sepanjang kariernya.










