Kuala Lumpur: Seramai 1,606 mangsa banjir daripada 432 keluarga di Selangor, Perak dan Sarawak masih ditempatkan di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 4.30 petang ini

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Selangor merekodkan jumlah tertinggi membabitkan seramai 1,408 mangsa daripada 373 keluarga yang berlindung di tujuh PPS di daerah Kuala Selangor.

Sementara itu di Perak, 191 mangsa daripada 58 keluarga ditempatkan di dua PPS di daerah Hilir Perak.

Di Sarawak pula, tujuh mangsa daripada satu keluarga masih berlindung di PPS di Miri.