LANGKAWI: Jentayu FC dinobatkan juara Liga Bola Sepak Piala Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) 2026 selepas menewaskan Kisap FC 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi final penuh dramatik di Stadium Langkawi, di sini, malam tadi.

Penentuan penalti terpaksa dilakukan selepas kedua-dua pasukan terikat 3-3 sehingga tamat masa tambahan, sekali gus menyaksikan Jentayu FC muncul juara edisi ke-23 kejohanan berkenaan.

Kejayaan itu membolehkan Jentayu FC membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 berserta pingat, piala iringan dan piala pusingan LADA, manakala Kisap FC selaku naib juara menerima RM7,000, pingat dan piala iringan.

Pada aksi final itu, Jentayu FC membuka jaringan menerusi Mohamad Al-Hafiz Harun pada minit ke-44 sebelum Muhammad Faiz Amer Runnizar menambah dua gol masing-masing pada minit ke-48 dan 112.