Sungai Buloh: Hampir RM1 juta bantuan disalurkan kepada 1,500 keluarga yang terjejas akibat banjir di tujuh kawasan sekitar Sungai Buloh menerusi program Santuni Madani Kasih.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan berkata, bantuan itu adalah hasil kerjasama kementeriannya dengan Human Resource Development Corporation (HRD Corp) menerusi pelaksanaan program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Menurutnya, bantuan diberikan dalam bentuk kelengkapan rumah termasuk barangan elektrik bernilai RM625 bagi setiap keluarga mangsa banjir.

"Penerima bantuan adalah penduduk Kampung Melayu Subang, Kampung Kubu Gajah, Kampung Paya Jaras Hilir, Kampung Merbau Sempak, Kampung Sungai Pelong dan Kampung Paya Jaras Tengah.