Kuala Lumpur: Kumpulan sensasi global, NCT 127, secara rasmi mengumumkan konsert berskala besar pertama mereka di negara ini menerusi siri jelajah dunia, NCT 127 5th Tour 'Neo City: Kuala Lumpur - The Redline.'

Persembahan kumpulan ikonik ini dijadualkan berlangsung di Unifi Arena, Bukit Jalil pada 9 Januari depan sempena sambutan sedekad pembabitan mereka dalam industri muzik.

Konsert berkenaan turut membawakan album studio ketujuh mereka berjudul 'BLINGY'.

Siri jelajah ini bukan sekadar konsert biasa, sebaliknya perayaan ulang tahun ke-10 yang meraikan kejayaan mereka memecahkan sempadan muzik, mentakrif semula rentak moden serta membina ikatan utuh bersama peminat setia mereka, NCTzen.