MANILA - ASEAN perlu mengekalkan hubungan yang seimbang dan membina dengan semua kuasa besar, sambil mempertahankan kepusatan, perpaduan dan autonominya, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Ketika menyampaikan intervensi pada sesi pleno Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 di sini, beliau berkata, ulang tahun ke-50 Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara (TAC) menggariskan keperluan untuk menegaskan semula prinsip teras perjanjian itu."Dengan memastikan rakan kami komited terhadap prinsip asas perjanjian berkenaan, kami memberikan jaminan bahawa hubungan yang terjalin berkembang mengikut acuan ASEAN - memelihara rantau ini sebagai platform kerjasama, bukannya medan persaingan."Kepusatan ASEAN, perpaduan dan autonomi strategik perlu kekal menjadi panduan dalam perjalanan kolektif kita," kata beliau.Anwar turut menggesa ASEAN agar memastikan sumber biodiversiti digunakan secara mampan dan saksama serta melindunginya daripada eksploitasi dan penyalahgunaan oleh pihak luar."Melindungi biodiversiti ASEAN bukan sekadar satu keperluan alam sekitar, tetapi juga berkait dengan kedaulatan serantau," kata beliau.Berhubung isu jerebu rentas sempadan, Anwar berkata, Malaysia telah mengemukakan beberapa cadangan tentang diplomasi sains dan dana jerebu mampan untuk memperkukuh kerjasama saintifik, menyokong keputusan berasaskan bukti dan menyediakan pembiayaan yang lebih terjamin untuk melaksanakan Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (AATHP)."Kita berharap dapat memajukan keutamaan ini pada Persidangan Pihak-Pihak (COP) mengenai AATHP pada Disember ini, dan semasa mempengerusikan Jawatankuasa Pemandu Peringkat Menteri Subrantau mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (MSC) pada 2027," kata beliau.Anwar mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan yang berlangsung bermula dari hari ini hingga 17 November di bawah tema 'Navigating Our Future, Together'. - Bernama
ASEAN perlu kekal hubungan seimbang dengan semua kuasa besar - PM

Key takeaways
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan pentingnya ASEAN mengekalkan hubungan seimbang dengan semua kuasa besar, menekankan kepusatan, perpaduan dan autonomi, serta perlindungan biodiversiti dan jerebu rentas sempadan.
- Anwar menegaskan ASEAN harus seimbang dengan semua kuasa besar dan mengekalkan kepusatan serta autonomi.
- Ia menyeru perlindungan biodiversiti sebagai kedaulatan serantau.
- Malaysia mengemukakan cadangan diplomasi sains dan dana jerebu mampan untuk AATHP dan MSC.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Updated
- November 15, 2026 at 5:07 PM GMT+8
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Harian Metro Norreen Iman kekal hubungan baik dengan bekas suami
- Free Malaysia Today Langkawi kekal pilihan: Populariti perlu diurus dengan pengalaman berkualiti
- Malaysiakini (BM) Hubungan ekonomi M'sia-Taiwan kekal kukuh, pelaburan tak terjejas - PM
- Free Malaysia Today Malaysia kekal hubungan baik dengan AS, China demi kelangsungan ekonomi
- Sinar Harian ASEAN perlu kekal hubungan seimbang dengan semua kuasa besar - PM (this story)









