Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersama Presiden merangkap Ketua Pegawai Pelaburan Alphabet dan Google Ruth Porat menghadiri sebuah program baru-baru ini, di mana Porat mengumumkan Google akan melabur USD15 bilion di Malaysia dari 2027 hingga 2028. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Malaysia akan terus mengekalkan hubungan baik dengan negara lain, termasuk Amerika Syarikat (AS) dan China yang merupakan antara pelabur serta rakan dagang terbesar negara, kata Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Menurutnya, meskipun Malaysia tidak bersetuju dengan beberapa dasar AS, khasnya berhubung penindasan terhadap rakyat Palestin di Gaza, hubungan ekonomi dengan negara itu perlu dipelihara demi kelangsungan negara, termasuk melindungi peluang pekerjaan rakyat.