KUALA LUMPUR - Malaysia akan terus mengekalkan hubungan baik dengan negara-negara luar termasuk Amerika Syarikat (AS) dan China yang merupakan antara pelabur dan rakan dagang terbesar negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, meskipun Malaysia tidak bersetuju dengan beberapa dasar AS, khususnya berhubung penindasan terhadap rakyat Palestin di Gaza, hubungan ekonomi dengan negara itu perlu dipelihara demi kelangsungan negara termasuk melindungi peluang pekerjaan rakyat."Amerika Syarikat, kita setuju tak dengan dasarnya? Banyak kita tak setuju. Tetapi Amerika Syarikat itu (antara pelabur dan rakan dagang terbesar) di Malaysia."Kita juga baik dengan negara China dan perdagangan kita juga baik," katanya pada Majlis Temu Anwar Bersama Wira Muda Negara @ PLKN 3.0, di sini, pada Sabtu.Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya mengenai persediaan yang perlu dilakukan golongan muda untuk membantu negara ketika berdepan dengan konflik peperangan, isu Gaza yang berlarutan dan ancaman keselamatan yang semakin meluas.Beliau turut merujuk pengumuman pelaburan RM61 bilion oleh Google sebagai contoh kepentingan mengekalkan hubungan baik dengan syarikat dari AS."Baru-baru ini Google datang, presiden dan ketua pegawai pelaburan Alphabet dan Google Ruth Porat telah mengumumkan pelaburan RM61 bilion ringgit. Tapi kita tak gadai apa-apa. Kita beri syarat latihan, dan syarat bekalan air yang cukup, antara lainnya," kata Anwar.Baru-baru ini Porat mengumumkan Google akan melabur sebanyak AS$15 bilion (RM60.96 bilion) di Malaysia bagi tempoh 2027 hingga 2028, merangkumi pembangunan kampus pusat data, tenaga bersih, pengukuhan jaminan bekalan air serta peningkatan kemahiran pekerja. - Bernama
Malaysia kekal hubungan baik dengan AS, China demi kelangsungan ekonomi - PM

Key takeaways
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia akan mengekalkan hubungan baik dengan AS dan China demi melindungi ekonomi dan pekerjaan, walaupun tidak setuju dengan beberapa dasar AS. Ia juga menyebut pelaburan RM61 bilion Google sebagai contoh pentingnya hubungan tersebut.
- Anwar menekankan pentingnya hubungan ekonomi dengan AS dan China untuk kelangsungan negara.
- Ia tidak setuju dengan dasar AS mengenai Gaza tetapi mengekalkan hubungan ekonomi.
- Google melabur RM61 bilion di Malaysia, menunjukkan nilai hubungan dengan syarikat AS.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Harian Metro Norreen Iman kekal hubungan baik dengan bekas suami
- Free Malaysia Today Hubungan dengan Agong baik, kata PM
- Sinar Harian Malaysia kekal hubungan baik dengan AS, China demi kelangsungan ekonomi - PM (this story)









