SHAH ALAM - DAP membidas kenyataan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said dengan menegaskan bahawa tindakan parti Melayu itu sendiri yang sebenarnya menggugat kestabilan Kerajaan Perpaduan.Timbalan Setiausaha Agung DAP, Ramkarpal Singh berkata, UMNO terlebih dahulu mula menjalinkan hubungan politik dengan Pas selain mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara terbuka dan mendesak supaya pembubaran Parlimen dilaksanakan.Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, tindakan sedemikian menunjukkan UMNO tidak menghormati semangat Perjanjian Kerjasama Kerajaan Perpaduan Malaysia yang dimeterai pada 16 Disember 2022."Hubungan jajaran politik berterusan antara UMNO-Barisan Nasional (BN) dengan Pas, meskipun UMNO rakan teras dalam Kerajaan Perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH)."Mereka bekerjasama dengan pembangkang, tapi dalam masa sama menjadi sebahagian daripada pentadbiran kerajaan. Ini menimbulkan persoalan serius mengenai keikhlasan dan komitmen UMNO terhadap mandat bersama gabungan itu."Ia sekali gus berpotensi menjejaskan kestabilan kerajaan. Perkara ini jelas dapat dilihat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Negeri Sembilan dan kini di Melaka," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.Azalina sebelum ini dilapor mengemukakan empat pilihan kepada DAP susulan ketidakpuasan hati parti itu berikutan perkembangan pengampunan bersyarat membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Empat pilihan itu adalah menggunakan mekanisme mediasi menerusi majlis perundingan, menamatkan perjanjian kerjasama melalui pembubaran Parlimen, membenarkan aturan sedia ada diteruskan atau mengkaji semula Perenggan C Perjanjian Gabungan jika DAP masih tidak berpuas hati.Mengulas lanjut dalam konteks kritikan terbuka dilemparkan terhadap Perdana Menteri, Ramkarpal berpendapat bahawa wujud corak berterusan dibuat oleh beberapa pemimpin UMNO.Menurutnya, serangan terbuka berterusan hanya melemahkan kewibawaan Perdana Menteri dan menghakis keyakinan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan secara keseluruhan sedangkan perbahasan dalaman secara membina adalah sihat dalam mana-mana gabungan."Tidak cuma itu, gesaan pemimpin UMNO supaya Parlimen dibubarkan ketika masih bersama-sama mentadbir negara sekali lagi membuktikan sikap tidak menghormati kestabilan yang dijanjikan kepada rakyat."Seperti mana ditekankan sebelum ini, Kerajaan Perpaduan dibentuk bagi memastikan pentadbiran stabil begitu juga pemulihan ekonomi. Bukannya mewujudkan ketidaktentuan politik demi kepentingan parti yang mementingkan diri."Jika terdapat sebarang dakwaan mengenai pengkhianatan kepercayaan atau pelanggaran terma kerjasama politik, rekod masing-masing sudah cukup untuk menjelaskan keadaan sebenar," ujarnya.Ramkarpal berkata, Azalina sepatutnya mengingati semula tujuan Perjanjian Kerjasama Kerajaan Perpaduan Malaysia."Kenyataan Azalina sememangnya agak 'melucukan'."Mungkin beliau patut mengingatkan dirinya semula mengenai tuju