SEREMBAN - Politik bersifat permusuhan dan kebencian yang mempengaruhi pemikiran rakyat khususnya orang Melayu antara faktor utama kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Dr Dzulkefly Ahmad berkata, tiada salahnya mana-mana parti politik untuk bergabung demi penyatuan agama dan bangsa masing-masing namun perlulah berlandaskan prinsip yang betul."Ia bersifat pelbagai faktor (kekalahan PRN Melaka) tetapi yang saya perhatikan pada awal dan akhir-akhir 'grand finale' yang mana Presiden Pas membawa sebutan yang saya tidak mahu mengulanginya adalah sangat tidak wajar untuk sebuah negara berbilang kaum, agama dan budaya."Ini kerana itu adalah percanggahan langsung dengan anjuran Islam," katanya ditemui pemberita selepas merasmikan Konvensyen Warda Nasional di sini pada Ahad.Menurutnya, meracuni dan memerangkap pemikiran rakyat dengan kebencian adalah tidak disukai dalam Islam.Malah katanya, dalam al-Quran juga telah disebut supaya setiap agama saling hormat menghormati tanpa adanya permusuhan."Jangan kita mendiskriminasi. Kesatuan kita tidak bermaksud bermusuh dengan agama atau kaum atau pun kelompok lain atau pun politik yang lain."Kita bersaing dengan cara sihat. Kalah menang itu satu yang lumrah sifatnya. Tidak ada masalah kerana kita pernah kalah pada tahun 2021 dan pada tahun 2022 kita menang kembali, 2028 kita mengungguli Melaka ini," katanya.Bagaimanapun katanya, PH menerima kekalahan dalam PRN itu kerana ia adalah adat pertandingan.Namun Dzulkefly berkata, pengundi sepatutnya diberikan kefahaman yang betul berkenaan penyatuan yang dituntut dalam agama."Pastikan asas penyatuan Melayu dan Islam itu yang dianjurkan oleh ALLAH dengan tidak cenderung kepada mereka yang melakukan kezaliman."Sebab itu mustahak pengundi Melayu ini perlu diberikan kefahaman dengan penyatuan kerana kami (PH) juga menganjurkan penyatuan Islam dan Melayu, tapi atas dasar yang lebih dianjurkan oleh Islam atas ketakwaan dan keadilan," katanya.
Politik permusuhan, kebencian faktor kekalahan PH - Dr Dzulkefly

Key takeaways
Dr Dzulkefly Ahmad menyatakan politik permusuhan dan kebencian menjadi faktor utama kekalahan PH dalam PRN Melaka.
- Politik permusuhan mempengaruhi pemikiran rakyat, terutamanya orang Melayu.
- Dr Dzulkefly menekankan pentingnya kesatuan dan saling hormat antara agama dan bangsa.
- Ia menyatakan kalah menang dalam politik adalah lumrah dan tidak menjadi masalah.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- SYAMILAH ZULKIFLI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Jentera kurang bersedia punca kekalahan PH di Melaka
- Utusan Malaysia Politik permusuhan punca PH kalah PRN di tiga negeri
- Sinar Harian Politik permusuhan, kebencian faktor kekalahan PH - Dr Dzulkefly (this story)








