KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi sedang meneliti kewajaran mewajibkan platform pemesejan WhatsApp mengesahkan identiti dan nombor telefon yang dipautkan pada setiap akaun bagi mengekang aktiviti penipuan dalam talian.Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, langkah itu dikaji susulan peningkatan kes penyalahgunaan aplikasi tersebut oleh sindiket penipuan selain selari dengan perbincangan negara-negara anggota di bawah Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU)."Pihak Kementerian Komunikasi sedang meneliti kewajaran untuk mengenakan satu syarat kepada pihak WhatsApp, iaitu mereka perlu mengesahkan nombor telefon yang berpaut kepada akaun WhatsApp itu... pada waktu ini, WhatsApp tidak mengenakan syarat pengesahan akaun," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sidang media Projek Rintis Sistem Keselamatan Warga Emas di Razak Mansion di sini pada Ahad.Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Fadlun Mak Ujud.Mengulas mengenai penahanan 61 suspek oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini kerana menyamar sebagai kakitangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kes penipuan, beliau berkata, kesemua individu akan dihadapkan ke mahkamah sekiranya disahkan melanggar undang-undang.Fahmi berkata, walaupun MCMC sebelum ini berjaya melaksanakan perubahan teknikal untuk menyekat panggilan penyamaran, sindiket penipuan kini beralih kepada taktik baharu termasuk menggunakan aplikasi WhatsApp dan menawarkan pinjaman bagi aktiviti perjudian dalam talian.Beliau berkata, MCMC dan Kementerian Komunikasi tidak pernah membuat panggilan kepada orang awam berhubung tunggakan bil telefon atau tujuan penguatkuasaan sebaliknya urusan bil adalah di bawah tanggungjawab syarikat telekomunikasi masing-masing.Sehubungan dengan itu, Fahmi berkata, orang ramai dinasihat segera menamatkan panggilan mencurigakan dan membuat laporan kepada pihak polis, MCMC atau menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan di talian 997 yang beroperasi sebagai pusat sehenti penyelarasan pantas bagi menangani jenayah penipuan kewangan dalam talian.Menyentuh mengenai Projek Rintis Sistem Keselamatan Warga Emas, beliau berkata, Kementerian Komunikasi bekerjasama dengan Jabatan Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melaksanakan projek berkenaan bagi warga emas yang tinggal bersendirian di Razak Mansion.Fahmi berkata, fasa awal inisiatif berkenaan menyasarkan pemasangan teknologi pemantauan di sekitar 25 hingga 50 unit kediaman di perumahan terbabit sebelum kerajaan meneliti aspek kos dan keberkesanannya untuk diperluas ke lokasi lain yang mempunyai keperluan serupa. - Bernama
Kerajaan teliti wajibkan pengesahan identiti akaun WhatsApp kekang scam - Fahmi

Key takeaways
Kementerian Komunikasi sedang meneliti wajibkan pengesahan identiti dan nombor telefon pada akaun WhatsApp untuk mengurangkan penipuan.
- Kementerian Komunikasi kaji wajibkan pengesahan nombor telefon pada akaun WhatsApp.
- Sindiket penipuan kini gunakan WhatsApp dan tawarkan pinjaman untuk perjudian dalam talian.
- MCMC dan Kementerian Komunikasi tidak pernah buat panggilan berhubung tunggakan bil telefon.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Harian Metro Kerajaan teliti insentif EV bersasar
- Berita Harian Kerajaan teliti insentif kenderaan elektrik bersasar
- Free Malaysia Today Kerajaan teliti cadangan wajib WhatsApp buat pengesahan identiti
- Sinar Harian Kerajaan teliti wajibkan pengesahan identiti akaun WhatsApp kekang scam - Fahmi (this story)








