Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil ketika sidang media Projek Rintis Sistem Keselamatan Warga Emas di Razak Mansion, Kuala Lumpur. Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan Hannah Yeoh. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Kerajaan sedang meneliti untuk mewajibkan WhatsApp mengesahkan identiti dan nombor telefon yang dipautkan kepada akaun penggunanya sebagai sebahagian daripada usaha membendung panggilan penipuan dan penyamaran sebagai pegawai kerajaan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata kementeriannya sedang mengkaji kebolehlaksanaan memperkenalkan syarat sedemikian memandangkan WhatsApp ketika ini tidak mewajibkan pengesahan nombor telefon bagi akaunnya.

Beliau berkata isu itu turut dibangkitkan oleh beberapa negara dalam mesyuarat Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) baru-baru ini, apabila kebimbangan disuarakan berhubung penyalahgunaan platform berkenaan untuk membuat panggilan penipuan.