Politik permusuhan dan kebencian yang dibawa oleh Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) antara faktor utama yang menyumbang kepada kekalahan Pakatan Harapan dalam tiga Pilihan Raya Negeri (PRN) di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.
Key takeaways
Politik permusuhan antara PN dan BN dianggap sebagai faktor utama kekalahan Pakatan Harapan di PRN Johor, Negeri Sembilan dan Melaka, menurut Datuk Dr. Dzulkefly Ahmad AMANAH.
- Kekalahan PH disebabkan oleh permusuhan politik PN dan BN.
- Presiden Pas dikritik kerana sebutan tidak wajar bagi negara berbilang kaum.
- AMANAH menekankan keadilan dan ketakwaan dalam politik.
Summarised automatically by AI from the original article by Utusan Malaysia. AI can make mistakes, so check the original for details.
SEREMBAN: Politik permusuhan dan kebencian yang dibawa oleh Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) antara faktor utama yang menyumbang kepada kekalahan Pakatan Harapan dalam tiga Pilihan Raya Negeri (PRN) di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.
Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, kekalahan itu bagaimanapun turut dipengaruhi pelbagai faktor lain yang perlu diberi perhatian parti berkenaan.
Beliau berkata, antara perkara yang diperhatikannya ialah naratif politik yang dibawa Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menjelang penghujung kempen pilihan raya yang berbaur permusuhan yang disifatkannya tidak wajar untuk sebuah negara berbilang kaum dan agama.