Felo Majlis Profesor Negara Azmi Hassan berkata dengan mengekalkan PH sebagai pilihan, Zahid Hamidi secara tidak langsung boleh beri tekanan kepada PN untuk tawar agihan kerusi lebih menguntungkan BN.PETALING JAYA: Ketidaksediaan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Zahid Hamidi membentuk kerjasama rasmi dengan Perikatan Nasional (PN) buat masa ini dilihat sebagai strategi meningkatkan kuasa tawar-menawarnya bagi PRU16, kata penganalisis.

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri dari Global Asia Consulting berkata Zahid mungkin mahu mengekalkan Pakatan Harapan (PH), sekutu BN dalam kerajaan perpaduan, sebagai pilihan bagi mendapatkan agihan kerusi Parlimen lebih menguntungkan.

Felo Majlis Profesor Negara Azmi Hassan turut berpandangan pendekatan itu membolehkan Zahid memberi isyarat kepada kedua-dua gabungan bahawa peluang kerjasama pada PRU16 masih terbuka, strategi sama seperti di PRN Negeri Sembilan serta Melaka.