Kuala Lumpur : Pelakon remaja berbakat besar, Puteri Balqis tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada syarikat produksi Global Station berhubung kelantangan serta penggunaan kata-kata keras yang diluahkan di media sosial.

Puteri Balqis, 19, atau mesra disapa Aqish mengakui cara dia menzahirkan emosi ketika berdepan kemelut berkenaan agak keterlaluan, sekali gus bersedia memikul tanggungjawab penuh atas kekhilafan itu.

"Pertama sekali, saya ingin memohon maaf atas kata-kata keras yang pernah saya luahkan sebelum ini. Saya mengakui cara saya menzahirkan emosi ketika itu agak keterlaluan.

"Saya benar-benar kesal dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas tindakan saya. Sekali lagi, saya memohon maaf," katanya menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di Instagram.