KUALA LUMPUR: Dialog Group Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM165.07 juta pada suku pertama berakhir 30 September 2026 berbanding RM140.01 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu.
Syarikat itu melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, hasil pula meningkat kepada RM787.04 juta pada suku pertama tahun kewangan 2027 berbanding RM656.99 juta sebelum ini selepas dipacu oleh sumbangan kukuh di seluruh perniagaan, khususnya daripada operasi di Malaysia, mencerminkan daya tahan model perniagaan dan kecemerlangan pelaksanaannya yang berterusan.
Mengenai prospek, syarikat itu kekal fokus untuk melaksanakan strategi jangka panjang utamanya sebagai penyedia perkhidmatan teknikal bersepadu terkemuka dengan operasi pelbagai merentas perniagaan huluan, pertengahan dan hiliran.








