KUALA LUMPUR: MR DIY Group (M) Bhd (MR DIY) mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah sebanyak RM127.34 juta pada suku ketiga berakhir 30 September 2026 (S3 TK2026) berbanding RM136.12 juta bagi tempoh yang sama tahun lalu di tengah-tengah perbelanjaan yang lebih tinggi.

Perolehan meningkat sebanyak 4.8 peratus kepada RM1.25 bilion bagi suku itu berbanding RM1.19 bilion sebelumnya, didorong oleh pengembangan rangkaian yang berterusan kepada 1,641 cawangan, iaitu naik 7.4 peratus daripada 1,528 cawangan setahun sebelumnya.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, peruncit kelengkapan rumah itu menyatakan bahawa keuntungan bersih kumpulan itu bagi sembilan bulan tahun kewangan 2026 merosot kepada RM453.77 juta berbanding RM468.84 juta pada tempoh yang sama tahun lalu.