Kuala Lumpur : Datuk Ziana Zain menyifatkan penyanyi, Aina Abdul sebenarnya sudah meraih kemenangan apabila lagu nyanyiannya berjaya menembusi jiwa pendengar segenap lapisan masyarakat, termasuk golongan kanak-kanak.

Ziana, 58, atau mesra disapa Kak Gee berkata, kejayaan sesebuah karya bukan sekadar diukur menerusi kedudukan atau trofi dalam pertandingan, sebaliknya sejauh mana lagu itu diterima dan melekat di hati peminat.

Mengulas mengenai penyertaan Aina di pentas Eurovision Asia 2026 baru-baru ini, Ziana menasihati peminat dan rakyat Malaysia agar tidak melatah atau berfikiran negatif dengan keputusan yang sudah diumumkan.

"Bagi saya, tak kisah menang atau kalah. Yang penting kita sudah tunjukkan Malaysia ini ada penyanyi yang bagus. Lagu-lagu Aina, budak kecil pun menyanyikannya, malah sudah melekat dalam halwa telinga kita. Jadi, itu dikira dia sudah menang.