KUALA LUMPUR: Datuk Ziana Zain mengakui pengurniaan darjah kebesaran daripada Kerajaan Melaka, baru-baru ini, tidak mengubah siapa dirinya.
Justeru, penyanyi yang popular dengan lagu Madah Berhelah itu tidak kisah jika ada yang masih selesa memanggilnya 'Kak Gee'.
Menurut Ziana, 58, peminat atau sesiapa saja bebas memanggilnya dengan apa-apa gelaran asalkan mereka selesa.
"Mereka yang sudah biasa memanggil saya Kak Gee, teruskan. Lagipun, mereka kenal saya sebelum dikurniakan gelaran Datuk.









