SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu menetapkan 7 Disember depan bagi keputusan permohonan injunksi secara inter-parte oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terhadap ahli perniagaan, Albert Tei.Permohonan itu berhubung dakwaan penerbitan kandungan berunsur jelik menerusi akaun media sosial di bawah kawalan Albert, 38, selaku defendan.Pesuruhjaya Kehakiman, Datin Asmah Musa menetapkan tarikh berkenaan selepas prosiding pendengaran permohonan itu yang turut dihadiri peguam defendan, Rajesh Nagarajan.Menerusi saman sivil berkenaan, MCMC selaku plaintif memohon perintah injunksi kekal bagi menghalang Albert atau nama sebenarnya Tei Jiann Cheing daripada terus memuat naik dan menyebarkan kandungan seumpama itu di media sosial.Berdasarkan pernyataan tuntutan yang difailkan pada 20 Oktober lalu, MCMC turut memohon supaya defendan diarahkan memadamkan kandungan yang dipertikaikan dalam tempoh 24 jam, selain dilarang membuka atau mengendalikan akaun media sosial baharu tanpa kebenaran mahkamah.MCMC juga menuntut deklarasi mahkamah bahawa kandungan berkenaan bersifat sangat menyinggung, selain ganti rugi am, ganti rugi teruk dan teladan, faedah lima peratus serta kos.Suruhanjaya itu turut memohon perintah bagi menghalang defendan daripada menyertai atau muncul dalam podcast, program televisyen, siaran langsung dan platform media lain yang membabitkan kandungan seumpama itu.Dalam tuntutan sama, MCMC mendakwa Albert menerbitkan kandungan mengandungi ucapan kebencian, rujukan kesat serta serangan berterusan terhadap individu tertentu, termasuk pegawai awam, kerajaan dan badan berkanun.Antara individu yang menjadi sasaran kandungan dipertikaikan itu ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming serta Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Kebangsaan, Woo Kah Leong.Pada 4 November lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan MCMC untuk mendapatkan injunksi interim secara sebelah pihak atau ex parte bagi menghalang Albert daripada menerbitkan dan menyebarkan kandungan yang dipertikaikan.Mahkamah kemudian menetapkan 13 November lalu bagi pengurusan kes untuk pendengaran secara inter partes, selain memberi kebebasan kepada defendan memohon supaya perintah berkenaan diketepikan.
Injunksi MCMC terhadap Albert Tei diputuskan 7 Disember

Key takeaways
Mahkamah Tinggi menetapkan 7 Disember untuk keputusan injunksi MCMC terhadap Albert Tei berhubung kandungan jelik di media sosial.
- MCMC memohon perintah injunksi untuk menghalang Albert Tei daripada menyebarkan kandungan jelik.
- Permohonan ini melibatkan kandungan mengandungi ucapan kebencian dan serangan terhadap individu tertentu.
- MCMC juga memohon kandungan yang dipertikaikan dimadamkan dalam tempoh 24 jam.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NOOR AZLIDA ALIMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
5 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian Injunksi MCMC terhadap Albert Tei diputuskan 7 Disember (this story)








