KUALA LUMPUR: Vantris Energy Bhd dan rakan usaha samanya, Paratus Energy Services Ltd memulakan kajian strategik bagi meneroka potensi minat pihak ketiga terhadap keseluruhan usaha sama perkhidmatan dasar laut mereka di Brazil.

Kedua-dua syarikat masing-masing memegang 50 peratus kepentingan dalam usaha sama berkenaan, dengan kajian strategik itu dilaksanakan secara bersama dan diselaraskan antara kedua-dua pihak.

Vantris Energy dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, kajian berkenaan mungkin membawa kepada suatu urus niaga atau sebaliknya.

"Setakat tarikh pengumuman ini, kedua-dua syarikat belum membuat sebarang keputusan untuk melaksanakan urus niaga," katanya.